Thursday 26 April 2012

awak..

tuhan mencipta makhlukNya dengan sikap yang tersendiri. setiap orang punya kelebihan dan kelemahan masing-2. sebagai salah satu ciptaanNya, saya juga mempunya kelemahan yang tak mungkin saya nafikan. tak semua yang kita rancang, dapat berjalan dengan lancar kalau Dia mengatakan tidak, maka sesuatu itu tak kan berlaku.

kadang-2, saya sendiri keliru dengan sikap saya yang kadang kala sangat teruk bila difikirkan semula. entah hantu mana yang rasuk tah, sampaikan perkara kecik pon saya nak besar-2kan.

cuba untuk berubah, tapi saya tak kuat. terasa macam diri ni terlampau kejam dengan orang sekeliling sebabnya emosi tak menentu. tapi kadang-2, sikap orang sekeliling pon boleh menyebabkan kemarahan tu semakin membuak-2.

siapa saya nak mengharapkan sesuatu yang perfect, saya sedar tentang kenyataan tu.

bukan susah untuk kita mohon maaf atas kesalahan yang kita buat. even, kalau kita tak salah pon, tak salah kalau kita mohon maaf atas rasa serba salah kita sebab dah buat orang lain terasa hati.

untuk dia : secara jujurnya, saya susah nak memahami diri awak, even kita dah lama bersama. saya rasa keserasian antara kita tak cukup kuat untuk pertahankan hubungan kita. kadang-2, kita gaduh tentang perkara yang kecik je. saya mengharapkan perhatian awak, tapi awak lebih senang dengan cara awak yang suka ambil jalan mudah untuk selesaikan sesuatu masalah tu.

awak..

bukan semua orang boleh cakap awak, kadang-2 kita perlu berkorban untuk kebahagiaan orang yang kita sayang. saya bukan nak tunjuk baik or nak merendahkan awak, tapi awak. sedarlah, saya banyak makan hati dengan awak. saya mohon awak lepaskan saya bukan sebab saya tak sayang awak. saya sayang awak sangat-2. tapi, saya tak sanggop lagi nak lemparkan kata-2 kesat saya pada awak. awak terlampau baik untuk saya. hampir setiap kali saya marah awak, awak tetap cool. saya tak boleh awk !
makin awak cool, makin saya sakit hati sebab saya fikir awak tak ambil kesah pasal saya. see, sekarang mesti awak rasa betapa bodohnya saya sebab keluarkan statement tu.

saya jelous tengok couple lain yang bahagia tu, saya jelous tengok pakwe die post kata-2 sayang die kat makwe die, saya jelous tengok couple dating everytime saya jalan-2 dengan kawan saya, saya jelous tengok pakwe die pujuk makwe die yang tengah merajok, saya jelous bila tengok pakwe die bagi die hadiah teddy bear, coklat. saya jelous tengok couple yang sedang hangat bercinta tu, saya jelous !

saya faham, awak bukan yang suka menunjuk, tapi sebab perangai yang macam tulah menyebabkan saya rasa diri saya tak dihargai. saya tak minta awak belikan saya hadiah, cukup awak ada dengan saya, temani saya saat saya sedih, gembira. saya nak awak sentiasa ada dengan saya. tolong awakk, saya sayang hubungan kita. sangat-2 sayang awak. tapi tolong awak, ubah sedikit perangai awak kalau awak rasa saya masih diperlukan.

saya tahu, saya pun bukanlah baik. tapi saya nak awak tahu, saya dah lakukan sehabis baik untuk kebahagiaan awak. saya tak nak tengok awak sakit, saya tak nak tengok awak sedih. saya cuba hindar perkara-2 yang boleh buat awak marah. saya berjaya awk. tapi satu saja yang sampai sekarang saya masih mencari jalan untuk elak perkara ni dari berlaku, tapi saya tak mampu. MEMAHAMI SIKAP AWAK !

saya harap, awak lakukan perubahan bukan untuk saya. tapi untuk hubungan kita. sebab perasaan yang kita ada tak cukup kuat untuk kita bina satu perhubungan yang kukuh dan kekal selamanya. kesabaran seseorang tu mungkin habis disebabkan semangat die hilang dan akan cuba menjauhkan diri dari perkara itu

saya harap awak faham.

bukan untuk menjatuhkan awak, saya hanya mengatakan perasaan saya kerana tiada siapa yang mampu mendengar bebelan yang panjang lebar ni. maafkan saya, awak..


Thursday 19 April 2012

insan istimewa

kawan adalah orang kedua yang paling rapat dengan kita selepas keluarga. am i right? ke mana kita pergi, hang out, mesti dengan kawan-kawan. rasa macam tak lengkap hidup seseorang manusia tu kalau die tak ade kawan. it's my opinion.

"kawan suka dan duka"

statement yang cukup membawa maksud yang sangat dalam. sekarang, memang susah nak mencari seorang SAHABAT. KAWAN dan SAHABAT adalah satu perkara yang berbeza bagi aku.

SAHABAT adalah seoarang teman yang sedia ada di sisi kita dalam apa jua keadaan kita, tak kira susah atau senang. tak pernah berkira dalam persahabatan, tak pernah cuba untuk mengkhianati persahabatan yang terjalin, menjaga perasaan antara satu sama lain, hormat menghormati, temapat berkongsi masalah, meminta pandangan, susah senang bersama. itu SAHABAT

KAWAN pula orang yang berada disekeliling kita. senang kata, orang yang kita kenali. boleh bergurau, berborak tentang hal-hal tertentu. tetapi kebanyakan KAWAN mampu mengkhianati kawan-kawan yang lain.
sebab tu ada pepatah yang cakap 'kawan makan kawan'. tak ada lagi pepatah yang cakap 'sahabat makan sahabat'.

so, KAWAN tu tak semestinya SAHABAT, tetapi SAHABAT semestinya adalah KAWAN kita :)





jadilah sabahat yang sejati :)

Wednesday 11 April 2012

mereka semua :)

31/3/2012

hari kami bersantai :)




ni gambar dalam kereta, on the way to PCB ( Pantai Cahaya Bulan, Kelantan)


mereka segalanya :)
dari kiri : along @ azmira, rohani, shahila, aimi, ain, umi, badiah & emi

masa ni kite orang pening, sebab niat dihati nak bersantai kat tepi pantai, tapi PCB tidak ada tempat yang strategik. at the last, kami nampak tempat ni.....



tempat ni agak tersorok. happy sangat sebab rasa mcm kami orang yang pertama jumpa tempat ni 
( even ramai je yang lalu kat tempat tu masa lepak kat tempat ni, heee ^^ )



percubaan pertama :)
berangan nak jadi model :D


ni EMI SHAHIRAH, orang terengganu :)


oke, sekarang tengok koleksi gambar yang aku snap :)


aimi hafizah, temerloh pahang


siti rohani dan wan badiah


umi najihah


suka gambar ni, natural beauty


candid ! tapi cantik :)



sangat cantik !


tak sedar orang snap gambar die orang ^^


permandangan yang sangat cantik 



si kecik ! dieah

kali ni, gambar kami bersama :)















dinner time :))








harap persahabatan yang terjalin kekal selamanya. insya allah ^^



untuk yang sentiasa di hati, AFIZUL
saya rindu awak !!

ini sahaja untuk kali ini. enjoy your self :)





Thursday 9 February 2012

sambungan.. :)

bismilahirahmanirahim..

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani


test, test, test :)

oke, hari ni update lagi. sambungan entry yang lepas. aku jatoh hati kat die! sumpah, ini benar. yeaaah!

25/2/2010

ni lah tarikh, aku start mesej dengan die. ha, kan sekejap. balik dari kolej tu, punya lah aku sedih tak dapat no phone GIGI TARING. :'( . . mcm beria je. sikit lah

oke, nak dijadikan cerita mcm mane aku boleh mesej dengan die, Uda. korang lagi tak? kawan aku tu. die kan da dapat no phone kawan si F ni. aku pon, ambil lah kesempatan yang ada depan mate. aku mintak tolong si Uda ni, mintak kan no si F ni dari kawan si F tu. alang alang kan? dorang kan rapat. mesti dapat punya lah. cadang cadang aku mcm tu. see! betape tak malu nye aku time tu. haha, mcm orang terdesak sangat kan? :D
si Uda ni pon, jalankanlah tugas yang aku beri tu.

petang tu, time kelas tambahan. Uda past no phone kat aku, die cakap no phone tu miss call no die. die mintak tolong, tanya kan siapa punya no tu. aku pon, dengan pantas, aku pon miss call semula no tu. tak sampai seminit, aku dapat text dari no tu.

013-******* : ye cik, ade pape yang boleh saya bantu?

haish! pelik nih! mcm tahu tahu je ade orang nak kacau die. aku pon reply lah

aku : sory ganggu, nak tanya. ni siapa? because no awk ni naik kat phone kawan saye.
013 - *******: nama kawan awk tu siapa ek?
aku : nurul huda.
013 : ooh! hai piya

wahhh! ni buat aku makin terkejot ni. aku pon tanya lah si Uda ni, mcm mane budak tu tahu name aku. then,  Uda ni sengih kat aku. dah mcm kerang busuk da muka uda mase tu. die cakap, try lah tanye budak tu siapa. aku pon tanya lah.

aku : ni siapa ni? mane tahu name saye?
013 : lambat balas? saya afizul

hambek kau! AFIZUL mane pulak nih? tension aku, dari tu aku rase mcm aku ni dah terkena 'bang bang bom' dengan kawan aku yang sorang ni.

aku : afizul mane? tak kenal pon?
afizul : gigi taring :)

OMG !!!! gigi taring lah !! suka nye aku !!!!!!!!!
excited gile kot dapat no die. ni yang aku sayang kau lebih ni, Uda. haha, dalam diam diam je ek die kenakan aku. rupa nya doramg da berpakat nk kenakan aku. sampaikan belajar ape dalam kelas tu pon, aku tak tahu, sebab excited sangat dapat no die. hehe ^^, then. aku pon hanyot lah text dengan die sampai tengah malam.

shortcut !

malam tu, die mintak gambar aku. haha :D tanpa rase segan silu, aku hantar lah




ha, korang tengok lah muke aku time ni. ni gambar mase aku form 3. haha, sengaja aku bagi gambar lama2 kta die.ha, nak tahu tak komen die pasal pic aku. heee ^^

afizul : comel jugak awak ni ek ( alamak! baru nampak ke aku comel haha :D )
aku : mabe ade lah wk, biase je. :) . kalau saya nak gambar awak boleh? ( saja nak pancing die )
afizul :



ha, nilah afizul si idaman hati. handsome? tak eh, oke tak ape. asal aku suka! haha :D

malam tu, die tanya aku

afizul : awak sudi jadi teman saya? :)
aku : :-O
afizul : awak fikir dulu, nanti bagitahu saya.
aku : oke
afizul : saya tidur dulu, kalau awak setuju, awk send :) kalau awak tak setuju awak send :( faham lah saya nanti. saya tunggu jawapan awak ek? bye, selamat malam

aku tak reply text tu. aku celaru, aku suka die, tapi baru kenal. punya lah fikir sampai aku tertidur.. zzzzzzzz
malam tu, aku terbangun. aku teringat kan die. aku text die

aku : :)

tak lama lepas aku send text tu, phone aku berbunyi. afizul ! dia call aku ! pukol 3 pagi kot

afizul :  tQ sebab sudi terima saya, lame saya tunggu jawapan awk

aku senyap je, aku tak berani nak cakap.

afizul : tidur ye wk, esok nak sekolah. bye awk, saya suke awk <3

hanya tuhan yang tahu betapa gembira nya aku mase tu. malam tu, aku tidur dengan mimpi yang sangat indah :)


p/s: mcm tu lah aku kenal si die. dalam sehari je aku terus terima die. tQ afizul



nilah kami <3

ha ! kamieyafieya stand for : kamiey = kami berdua, afiya = afie =afizul, eya = sofea

so jadilah KAMIEYAFIEYA <3

Friday 3 February 2012

kisah kami :)

bismillahirahmanirrahim..

'dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani'

hari ni, 4/2/2012. pejam celik, pejam celik, dah hampir 2 tahun aku bersame dengan 'Mr. f'. dalam masa hampir 2 tahun ni, banyak perkara yang aku belajar dalam perhubungan ni either sweet or sour. haha ^^

                                                                            25/ 2 / 2010

tarikh keramat dalam hidup aku a.k.a FIEYA. berkenalan tak sampai 1 hari, terus declair nak terima die dalam hidup aku. tapi, aku terima die bukan sebab aku memang jatuh hati kat die. no! aku terima die sebab aku nak sembunyikan perasaan aku yang tak terbalas. sedih kot! kena reject. sebenarnya, tak kena reject pon, tapi aku yang kurang bersabar. heee ^^. oke, back to topic, aku terima die seadanya.

berkenalan dalam satu program sekolah, program subjek ADD MATH. time tu, aku form 5. oke, nak dijadikan cerita....
 
                                                                          24 / 2 / 2010

pagi tu, sampai kat KOLEJ KOMUNITI KUALA ROMPIN, aku dengan geng aku ni, cari lah dewan kuliah yang menempatkan student2 mase tu. in that time, budak2 sekolah aku yang ambil subjek add math ni lah, dipecahkan kepada 3 group au. first, CEMERLANG, second, SEDERHANA and last sekali, group LULUS. kite orang dibahagikan ikut markah final exam mase form 4.

and, aku tergolong dalam group.................

sederhana jep. haha, aku mane pandai add math. susah lah! -__-'

oke, time tu, aku dengan Nurul Huda dan Nurul Amirah cari dewan tu. aku tak familiar dengan tempat tu, and that's first time aku sampai kat kolej tu. nak tahu? aku sesat kat situ. haha ! :D malu gila kot. habis 1 kolej tu aku tawaf dengan Uda and Mira. hehe :)


                                                           dari kiri : Mira , piya , Uda

at last, aku nampak 3 orang budak lelaki, 2 orang pengawas, sorang lagi student biasa lah. aku dengan muka tak tahu malunya, aku tanya lah kat budak lelaki 3 orang tu. mr. f tu ade dalam kalangan 3 orang tu. hehe ^^

 piya : ehemm. nak tumpang tanya, boleh?
 mr. f : ye, ape die?
 piya : tahu tak kat mane dewan untuk student group SEDERHANA? ( aku tekankan sederhana tu, haha)
 mr f and the geng : hahahahaha! (kuwangjak! depa ketawa kat kami )
 piya : ketawa lah, tapi kat mane dewan tu? kami dah lewat ni.
 kawan mr. f : oke2, jom lah kite orang tunjok kan.

aku ,Uda dengan Mira pon follow lah dorang sampai kat dewan tu. dalam dewan tu, budak2 sekolah lain pon da sampai. budak sekolah aku yang lain pon da sampai kat dewan tu. haha, malu kot, sesat kat tempat kecik macam tu je.

aku pon cakap lah terima kasih kat dorang ber3. aku nampak si F ni senyum..

mak aiy!!!! panjang nya gigi taring die. haha. comel :) minat lak aku kat die ni. heeeeeee

tetibe, budak 3 orang tu follow aku masok kelas tu. Laaah! rupe nya budak ber 3 tu pon group sederhana jugak. kurang asam jawa betul lah. tadi sedap sangat ketawa kat orang, alihalih, die pon 2 kali 5 jugak.

si F dengan kawankawan die yang 2 orang lagi tu, ambil seat kat belakang aku and Uda dengan Mira. sempat jugak die tengok nama aku yang aku tulis kat modul yang pihak kolej tu bagi..

F : fieya?? sesuai lah tu dengan aku. haha ( die ketawa dengan kawan die tu)

aku buat tak tahu jelah, malas aku melayan. then, belajar belajar belajar.

pukul 1.30, kelas tu pon habis. yeeaah! satu kepuasan bagi aku, sebab aku tak suka beljar dalam keadaan yang padat mcm tu. mane tak nya, sekolah lain pon join jugak program tu. mahu 70 orang dalam dewan tu.

then, aku kembali lah dekat kawankawan aku yang lain. dorang semua budak pandai, so dudok lah kat group CEMERLANG.

               
                                                ni lah kawan kawan aku kat sekolah :)

tetibe, datang lah sorang kawan si F ni. aku ni, berdebar lah. sebab aku fikir, mesti budak ni datang nak mintak no phone aku. haha perasan kan? haha, oke, senyap! padahal, die mintak no Uda. emmm, melepas aku! haha, tapi tak apelah. aku pon terus menjalani hidupku dengan sedikit terkilan sebab tak dapat no phone si F tu a.k.a gigi taring yang cute......


ha, macam tu lah aku start kenal dengan si F. sampai aku balik ke rumah, aku tak tahu pon name si F tu. aku panggil die, gigi taring je.

perkenalan yang sangat singkat. tapi membahagiakan. sesungguhnya, aku sangat menghargai kehadiran si F dalam hidup aku.
so, aku rase entry kali ni habis setakat ni. akan ada sambungan untuk entry kali ni. hope korang enjoy bace story aku kali ni. ^^,
thanks sebab sudi baca kisah kehidupanku yang sebenar.

F!! saya sayang awak <3

-kamieyafieya-









first entry

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani
ehemm ehemm. test test :)

assalamualaikum,

walaaweeeh! PIYA da ade 'belog' lah. heee, seronoknya! excited sangat

oke, first. SOFEA SUHAIMI nama diberi. wah! panjang nye name. ye, tahu name pendek, tapi orang nye tak sependek name tu ea ^^ k, perasan. kawan2 semua panggil PIYA. ringkas. jangan panjang2 lah. tak best. haha. negeri kelahiranku, PAHANG. 'loooh, orang pahang ruponye' gitu lah dialek orang pekan. korang tahu tak, mesti tak kan? huhu, orang pon tak pandai mane jugak sebenonye.


oke, ni lah PIYA. week! tahu tak cantik :(

kamieyafieya? stands for what? haha. ceritanya aku menyusul nanti. aku rase, cukup setakat ni dulu entry aku. mata pon da macam terpejam pejam taip ni. hope korang boleh terima aku dalam golongan blogger yang lain.
sleep tight, sweet dream :)

-kamieyafieya-